KHASIAT MANDI HERBA
Di musim cuaca sejuk seperti sekarang ini begini memang selesa kalau dapat mandi dengan air panas lebih2 lagi jika air panas yang direbus bersama daun duunan herba yang biasanya digunakan oleh ibu2 lepas bersalin. Hai takkan ibu2 sahaja yg perlukan badan yg sehat dan segar, orang lain yang penat hadap komputer pun boleh merasa kesegaran daun2 herba ini.Saya biasa memandikan mak saya dengan air daun2 herba sejak dia sakit akibat jatuh tangga pada awal Ogos 2009. Hampir setiap pagi dia mandi air rebusan daun2 herba,selama 2 bulan.Katanya terasa segar sedikit maklumlah seharian berbaring sakit akibat jatuh. Selain urut tradisional, mandi air herba dapat membantu menyegarkan badan dan menguatkan semula sistem badan yang lemah lesu dan sakit. Pesakit akan mudah dan cepat sembuh dari kesakitan badan akibat jatuh.
[Image]Sebenarnya tak susah nak mandi air rebusan herba ni. Mengikut kata bapa kawan saya , apa2 daun yang buahnya boleh dimakan boleh dijadikan air rebusan mandi. Contohnya daun mengkudu,daun belimbing buluh, daun pisang yg kering, daun kunyit, daun belimbing,daun lengkuas hatta daun ubi sekali pun.Gambar disebelah ini adalah daun lengkuas. Jenis2 daun yg dipilih terpulang apa yg ada, itulah untungnya jika kita rajin bertanam. Tak ada tanah , tanam dalam pasu pun boleh.
[Image]Ini kunyit hidup/kunyit basah. basanya diguna dalam masakan gulai lemak cili api.Jusnya baik untuk orang lepas bersalin,kata mak saya.Setengah cawan seminggu sekali memdai selama dalam pantang sahaja.Jus ini dimendapkan ambil air yg jernih shj untuk minum.
[Image]Ini pula serai wangi.Daunnya boleh dibuat rebusan mandi herba, ramuan minyak urut dan bahan kosmetik.Boleh diguna untuk halau serangga seperti lipas dan mewangikan persekitaran.Jangan masak tomyam dengan serai wangi dah la...takut mabuk pula.
Daun2 lain yang sering dipilih untuk mandian adalah daun serai wangi,daun gandarusa,daun mambu,daun pandan dan daun bonglai. Mengikut petua tukang urut pula selain daun, halba, kunyit hidup dan halia jua elok ditambahkan dalam air rebusan herba. Masukkan sahaja sesudu halba, sebutir kunyit dibelah dua, dua inci halia dihiris kasar. Bukan sahaja aromanya semakin menyengat malah khasiatnya juga semakin manthop.Kununnya kunyit baik untuk perjalanan darah, halia untuk buang angin dalam badan dan halba untuk melegakan urat2 yg penat. Wah , kiranya mandi air herba ini memang betul2 kaw. Tak caya cubalah. Berbaloi baloi khasiatnya.
[Image]Gambar di atas ini pula daun mambu yg biasa dibuat ramuan untuk menghilangkan gatal dan parut demam campak.Mengikut petua seorang tukang rumah,air rebusan daun mambu jika diamalkan memandikan kanak2 sejak usia bayi 3 bulan, insyaAllah dia tak akan kena sakit kulit/kudis. Boleh dimandikan sekerap mungkin dan hendaklah istiqomah sehingga kanak2 itu mencapai usia 6-7 tahun.
Saya biasa mandi herba ni, tapi ikut mood. Biasanya mood malas.Sekarang dah ada pusat mandi wap herba. Pada 13 nov yg lalu melalui seorang maklumat dari seorang tukang urut yg belum pernah saya temui, (hanya talipon) dia telah menyarankan sebuah pusat mandi wap di Taman sri Andalas di Kelang.Nama kedainya :SERI HARUM .Saya tak mandi wap di situ, kakak saya yg mandi dan urut sebab dia sering kebas2 tangan lepas kena demam cikunyunya. Lepas mandi wap, urut pula untuk melegakan kebas.
Katanya ada perubahan lepas dua kali mandi,kurang kebas. Cuma kakak saya, tak tahan panas wap herba, dia cuma tahan 20 minit sahaja. Abang ipar saya tahan pula 45 minit mandi wap. Siapa nak cuba boleh talipon pengusahanya pakcik Jaafar 012-22873834. Saya tak ada share kat situ, sekadar tolong sebarkan bagi siapa yg perlu. Saya sendiri pun,takut nak cuba.Saya pilih mandi air rebusan sahaja, mudah dan murah.
No comments:
Post a Comment