Salam..emas cotek..kita sering mendengar mengenai emas cotek..apakah sebenarnya emas cotek itu...mari rungkai ape itu emas cotek...
Khasiat Dan Kegunaan Emas Cotek...
Emas cotek dipercayai berkhasiat untuk sistem reproduktif wanita. Air rebusan keseluruhan tanaman diminum oleh wanita selepas bersalin untuk mengecutkan rahim dan mengembalikan rahim pada keadaan asal. Ia juga digunakan oleh wanita untuk merawat keputihan dan melawaskan haid. Tumbuhan herba ini dipercayai boleh mengekalkan awet muda dan digunakan sebagai ramuan dalam menyediakan tonik untuk lelaki dan perempuan. Selain daripada itu, emas cotek berupaya mencegah dan menyembuhkan penyakit-penyakit seperti paru-paru berair, kencing manis, darah tinggi, lemah jantung, cirit-birit, melancarkan peredaran darah dan rawatan sakit kulit.
Nama Botani : Ficus Deltoidea
Emas cotek banyak terdapat di Semenanjung Malaysia dan kepulauan Borneo seperti Sabah, Sarawak dan Kalimantan. Ia merupakan sejenis tanaman epifit yang hidup menumpang pada tumbuhan lain yang lebih besar hanya untuk mendapatkan cahaya matahari. Tumbuhan ini banyak terdapat di kawasan belukar di tepi laut atau rimba di pergunungan. Tanaman ini tidak tumbuh di kawasan hutan bakau. Tumbuhan ini boleh tumbuh setinggi 135 cm dan garis pusat kanopi berukuran lebih kurang 157 cm. Bentuk daun adalah berbeza mengikut aksesi iaitu sama ada bulat, bujur telur atau lonjong. Daun yang besar dan bulat di kelasifikasikan sebagai emas cotek betina dan yang lebih kecil dan lonjong sebagai emas cotek jantan. Daunnya berwarna hijau berkilat dan mempunyai bintik yang berwarna emas di permukaannya manakala dibawah permukaan daunnya berwarna kuning keemasan dengan tompok-tompok hitam.
Daun Emas Cotek...
Emas Cotek merupakan warisan perubatan Melayu sejak dahulu. Emas Cotek atau nama botaninya adalah Ficus Deltoidea amat dikenali di Malaysia. Daunnya berwarna hijau di bahagian atas dan berwarna keemasan di bahagian bawah serta terdapat bintik hitam disetiap pangkal cabang urat daun ini. Ia memberikan pelbagai khasiat kepada tubuh badan manusia.
Daunnya mengandungi bahan yang bertindak sebagai anti oksidant dan anti inflamatori yang tinggi seperti pengawal aliran darah yang sihat ,anti radang, anti virus, melindungi hati dan estrogenik. Di samping itu, air rebusan daun, buah, batang dan akar mengandungi coral”>Tannins< yang bertindak sebagai pemegang tisu yang lemah...
Sumber dari www.fazlisyam.com
Tuesday, March 2, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment