Sejak dahulu kita telah ketahui bahawa santan mempunyai pelbagai kebaikan dalam makanan mahupun dalam kecantikan. Selain untuk kulit cantik, Santan turut digunakan sebagai petua untuk mendapatkan kening yang cantik dan rambut lebat bersinar.Selain daripada itu, khasiat santan yang mengandungi asid lemak tepu juga berfungsi dalam mengekalkan daya ketahanan badan dan melindungi kulit.
Pernahkah anda mendengar mengenai lulur santan? Tahukah anda bahawa lulur santan dapat menjadikan kulit cantik dan gebu.. ini lah kebaikan dan khasiat pada lulursantan yang akan di paparkan di sini..
Lulur santan adalah semulajadi tanpa menggunakan bahan kimia bertindak untuk menyingkirkan sel kulit mati, meransang kulit menjadi lebih anjal dan membantu mengekalkan kelambapan kulit untuk kulit cantik berseri. Di samping itu, lulur santan juga bolehmegurangkanb kesan kegelapan kulit apabila berjemur.
Asid laurik yang terdapat dalam lulur santan turut berupaya meransang pembentukan kolagen dalam sel kulit dan juga melindungi kulit daripada kuman. Kulit akan cerah secara semula jadi tanpa pengelupasan melalui penyingkiran sel kulit mati dan kotoran yang melekat pada badan. Inilah fungsi lulur santan.
Kaedah Lulur Santan
- Sebelum melakukan rawatan lulur santan, kulit akan di analisis untuk memastikan rawatan yang sesuai.
- Lulur santan akan di oleskan padan badan dari atas bahu hingga ke tapak kaki.
- Badan akan di bilas dengan air suam.
- Kemudian serbuk susu akan di sapu pada keseluruhan badan
- Setelah itu urutan daripada kaki hingga ke kepala.
- Berendam di dalam tab mandi yang mengandungi air suam dan krim mandian santan selama 15 minit.
- Selalunya anda akan di berikan dengan teh halia untuk menghilangkan angin-angin yang terkandung dalam badan.
Kebaikan Lulur Santan
- menjadikan kulit cantik, halus, gebu dan cerah.
- Menanggalkan sel-sel mati serta daki pada badan.
- Memutihkan bahagian-bahagian tersembunyi seperti pelipat paha, lutut,siku dan celah ketiak.
- Mengurangkan tekanan & keletihan.
- Mengekalkan tenaga.
- Menghindarkan bau badan dan peluh berbau.
- Memperbaiki tekstur kulit.
- Mengurangkan dehidrasi